NOTA KEMAHIRAH HIDUP TINGKATAN DUA
ASAS USAHAWAN

  1. Maksud Usahawan
    • usahawan ialah orang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan , perkhidmatan atau perusahaan
    • Usahawan ialah orang yang mencipta produk baru dan memasarkannya
    • Contoh : Ehsan telah mendapatkan khidmat penyelidik tempatan mengenai tanaman herba tempatan. Daripada hasil kajian tersebut beliau telah mengusahakan produk makanan tambahan dan produk rawatan kecantikan. Beliau mendapat nasihat agar mendapat pensijilan halal dan sijil amalan pengilang yang baik untuk produknya. Produknya telah diperakui selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga telah berusaha untuk memasarkan produknya di semua farmasi dan pasaraya.

  2. Ciri-ciri usahawan
    • Kreatif
    • Inovatif
    • Sanggup hadapi risiko
    • Bijak ambil peluang
    • Usaha yang berterusan

  3. Perbandingan usahawan
        Peniaga   Usahawan
      1   Membeli dan menjual barangan yang sedia ada di pasaran   Mencipta atau mengubah suai barangan sehingga menjadi produk bernilai
      2   Melibatkan diri dalam pasaran sedia ada   Merancang dan meneroka pasaran baru
      3   Mementingkan keuntungan jangka pendek   Mementingkan keuntungan jangka masa panjang
      4   Sanggup hadapi risiko terhad   Sanggup hadapi risiko besar

  4. Bidang usahawan
        Bidang     Contoh
      1   Pengeluaran   Ekstratif
      Pertanian
      Perkilangan
      Pembinaan
      - perlombongan, pembalakan dan perikanan
      - bercucuk tanam dan menternak
      - pembuatan makanan, pakaian dan peralatan
      - pembinaan prasarana dan alat pengangkutan
      2   Perkhidmatan   Kewangan
      Kesihatan
      pendidikan
      Pelancongan
      - tukaran wang
      - spa dan urutan
      - Pusat tuisyen
      - Agensi pelancongan dan umrah
      3   Pemasaran dan Agihan   Pengeluar
      Pemborong
      Peruncit
      Pengguna
      - pengeluar kerepek dan keropok
      - Pemborong hasil tani dan ternakan ikan
      - kedai kraf tangan dan hiasan
      -

  5. Usahawan dalam negeri
        Contoh usahawan   Jalan Menuju Kejayaan
      1   Loh Boon siew   Mengimport dan mengedar Motosikal
      2   Ramly Mokni   Memproses daging burger

  6. Peranan Kerajaan dalam membantu usahawan
  7.     Singkatan   Nama Agensi   Jenis bantuan
     1   MARA
      Majlis Amanah Rakyat   Memberikan latihan dan bimbingan
      Menyediakan prasarana
      Memberikan pinjaman
      2   MEDEC   Pusat Pembangunan usahawan Malaysia   Memberikan latihan dan pendidikan
      Membuat penyelidikan
      Memberikan khidmat nasihat
      3   Lembaga Kemajuan perindustrian Malaysia  Mengurus permohonan lesen
     Memberikan taraf printis
     Memberikan pelepasan cukai dan perlindungan tarif
      4   UDA
      UDA Holdings Berhad   Menyediakan prasarana
      5     Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia   Menjalankan kajian tentang hasil pertanian
     Mengadakan latihan tentang teknologi menghasilkan dan memproseskan hasil pertanian
      6     Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia   Menjalankan kajian dan penyelidikan atas barangan dan keluaran tempatan dan menyampaikan maklumat teknologi baru
      7     Lembaga Minyak sawit Malaysia   Memberikan khidmat nasihat dan latihan
      8     Majlis Latihan Vokasiaonal Kebangsaan   Menyediakan skim latihan

  8. Jenis bantuan dan kemudahan kepada usahawan
    • Bimbingan dan latihan
      • Usaha berterusan dibuat oleh kerajaan melalui agensinya sejak diperingkat sekolah iaitu dengan memperkenalkan subjek kemahiran hidup dan aliran teknik dan vokasianal
      • Diperingkat pengajian lanjutan dan pengajian tinggi ditubuhkan pusat latihan seperti giat MARA, Pusat Latihan Belia Negara dan menawarkan kursus pelbagai bidang peringkat diploma dan ijazah
      • Jabatan pertanian juga memberikan latihan kepada suri rumah dan petani yang menceburkan diri dalam bidang asas tani
          Singkatan   Nama Agensi   Jenis bimbingan
       1   PDPN   Pusat Daya Pengeluaran Negara   Pengetahuan perniagaan
        2   MEDEC   Pusat pembangunan usahawan Malaysia   Pengurusan perniagaan
        3   PGM   Pusat Giat Mara   Latihan
        4   MARA   Majlis Amanah Rakyat   Kindmat nasihat dan latihan
        5   ILP   Institut latihan Perusahaan   latihan berkaitan industri
        6   MLVK   Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan   Latihan kemahiran tinggi
    • Prasarana
      • Prasarana ialah kemudahan asas seperti jalan raya, jalan kereta api , pelabuhan, rangkaian telefon dan internet, kawasan perindustrian , bangunan kedai dan bangunan kilang (premis) serta bekalan elektrik dan air yang cekap dan mencukupi
          Singkatan   Nama Agensi   Jenis Prasarana
       1   UDA   UDA Holdings Berhad   Kawasan dan premis perniagaan
        2   MARA   Majlis Amanah Rakyat   Kawasan Industri dan Premis perniagaan
        3   PKEN   Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri   Kawasan Industri
        4   TNB   Syarikat Tenaga Nasional Berhad   Bekelan Elektrik
        5   JBA   Jabatan Bekalan Air   Bekalan Air Bersih
        6   TELEKOM   Syarikat Telekom Malaysia   Telefon dan Internet
        7   JARING   Syarikat Pembekal Internet   Internet
        8   KTM   Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad   Rangkaian Kereta api
    • Kajian dan penyelidikan
          Singkatan   Nama Agensi   Jenis bantuan
        1     Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia   Menjalankan kajian tentang hasil pertanian
       Mengadakan latihan tentang teknologi menghasilkan dan memproseskan hasil pertanian
        2     Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia   Menjalankan kajian dan penyelidikan atas barangan dan keluaran tempatan dan menyampaikan maklumat teknologi baru
        3     Lembaga Minyak sawit Malaysia   Menyediakan Khidmat nasihat dan latihan
    • Pinjaman kewangan
      • Kerajaan menyalurkan bantuan kewangan melalui agensi-agensinya agar usahawan dapat memulakan dan menjalankan penyelidikan dan pegeluaran dan memasarkan produk mereka.
      • Modal yang cukup dapat usahawan menjalankan usaha mereka pada tahap yang sebenarnya dan seperti yang diperlukan oleh pasaran
          Singkatan   Nama Agensi   Jenis bantuan
       1   MARA   Majlis Amanah Rakyat   Menyediakan pinjaman kecil dan jangka masa panjang
        2   MIDF   Syarikat Permodalan kemajuan perusahaan Malaysia Berhad   Menyediakan pinjaman berpenggal
        3   BPM   Bank Pertanian Malaysia   Pinjaman kepada usahawan asas tani dan produk makanan
        4   BPIMB   Bank Pembangunan dan Infrasfruktur Malaysia   Pinjaman untuk usahawan
        5   SJKM   Syarikan Jaminan Kredit Malaysia   Menjadi penjamin bagi pihak usahawan yang ingin meminjam daripada isntitusi kewangan tempatan
    • Galakan dan Insentif
      • Kerajaan memberikan galakan dan insentif agar usahawan tempatan dapat terus kekal dan meneroka pasaran baru sehingga keluar negara
          Jenis Galakan   Maksud
       1   Taraf perintis   Pengecualian cukai untuk suatu tempoh seperti 5 atau 10.
        2   Duti Import   Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport
      (dibeli daripada negara luar)
        3   Kuata   Had terhadap jumlah barangan yang dibeli dari luar negara
        4   Galakan Eksport   Pengurangan cukai eksport
        5   Embargo   Dasar memulaukan barangan daripada negara tertentu

Asal

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006
Email : [email protected]